GENEVA, 2 Julai – Seramai 204 migran lemas di perairan Libya pada hujung minggu, menjadikan jumlah keseluruhan korban tahun ini kepada lebih 1,000 orang, lapor agensi berita Xinhua kelmarin.
Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) berkata, dua kapal tenggelam pada Ahad dan Jumaat manakala kapal dengan 1,000 migran berjaya dipintas pihak berkuasa pantai Libya.
“Peningkatan jumlah korban adalah membimbangkan,” kata ketua misi IOM Libya, Othman Belbeisi.
Para penghijrah yang terdesak untuk memasuki Eropah dan Laut Mediterranean dikatakan dieksploitasi penyeludup.
Sementara itu, Ketua Pengarah IOM William Lacy Swing akan ke Libya minggu ini, untuk melihat sendiri keadaan migran yang diselamatkan. – Bernama