Monday, March 31, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    #20dayschallenge bukan gimik

    Pelakon, Shaheizy Sam, menyangkal tanggapan konon usahanya untuk menurunkan berat badan selepas memiliki tubuh agak gempal, sebelum ini, sebagai gimik.

    Sesetengah pihak membuat dakwaan berkenaan apabila aktor terbabit bertindak melancarkan program menurunkan berat badan #20dayschallenge, baru-baru ini. Artis berkenaan turut membuka penyertaan program itu kepada 33 peminat dan orang awam.

    “Semua ini bukan gimik seperti difikirkan sesetengah orang. Bagi saya, soal berat badan, sama ada kurus atau gemuk, berbalik kepada kesedaran diri. Pada satu ketika, saya sendiri tekun menjaga badan bagi menjayakan watak dalam filem. Ada masanya, seperti orang lain juga, saya mahu menikmati makanan tanpa rasa bersalah. Semuanya bergantung pada pilihan masing-masing,” katanya.

    Sam turut berusaha menurunkan berat badannya kerana bakal terbabit dalam penggambaran filem, Polis Evo 3, tidak lama lagi. Kata Sam lagi, sepanjang usaha mengurangkan berat badannya juga, dia banyak belajar mengenai kaedah pemakanan sihat dan diet sesuai untuk bentuk tubuh yang diingini. – Agensi

    Sam turut berusaha menurunkan berat badannya kerana bakal terbabit dalam penggambaran filem, Polis Evo 3, tidak lama lagi. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda