Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    20kg dadah, 366,000 pil perangsang berjaya dirampas

    YANGON, 21 JAN – Pihak berkuasa Myanmar telah merampas 20 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine (Ice) dan 366,000 pil perangsang di wilayah Yangon, menurut akhbar harian milik kerajaan, The Mirror, hari ini.

    Berdasarkan maklumat risikan, polis anti-narkotik melakukan pemeriksaan terhadap tiga individu di bandar Hlaing dan merampas 20kg methamphetamine pada 14 Januari, kata laporan tersebut.

    Selain itu, 366,000 pil perangsang dirampas daripada dua suspek di bandar Hlegu pada 16 Januari. Pemilik pil perangsang itu berjaya ditahan di perbandaran Zabuthiri, Nay Pyi Taw, pada 17 Januari, menurut laporan tersebut.

    Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai 866 juta kyat (AS$412,380), tambah laporan itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda