Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    21 guru dan kakitangan sertai Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Seramai 21 orang guru dan kakitangan dari Sekolah Al- Falaah telah mengikuti kursus Marsyal Bomba yang berlangsung selama tiga hari pada 6 hingga 8 Disember lalu di Balai Bomba Rimba.

    Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi ‘C’ Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) itu mendedahkan para peserta mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal.

    Antara yang diterangkan termasuklah mengenai sebab dan punca berlakunya kebakaran, mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.

    Selain itu, tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul, serta tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam bangunan bila berlakunya kebakaran turut diterapkan.

    Di samping kursus berkenaan, JBP turut menyediakan program lainnya seperti Kursus Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran.

    Antara guru dan kakitangan Sekolah Al-Falaah yang menyertai kursus berkenaan. – Gambar serahan JBP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...