21 maut bas terjunam dalam tasik

BEIJING, 7 JULAI – Sekurang-kurangnya 21 orang maut apabila sebuah bas membawa pelajar yang akan menduduki peperiksaan kemasukan ke universiti, menjunam ke dalam sebuah tasik di barat daya China hari ini, menurut pihak berkuasa dan media kerajaan.

Bas itu melanggar rel adang dan terjunam ke dalam Tasik Hongshan di wilayah Guizhou, mengakibatkan 15 yang lain cedera, jelas jabatan pengurusan bencana tempatan dalam satu kenyataan.

Insiden itu berlaku pada waktu petang di bandar Anshun dan saksi mengatakan penumpang bas termasuklah pelajar yang dalam perjalanan untuk menduduki peperiksaan sukar, ‘gaokao’, lapor agensi penyiar kerajaan, CCTV.

Rakaman kamera keselamatan dikongsi di media sosial oleh CCTV menunjukkan kenderaan itu membelok tiba-tiba ke lima laluan – memintas kenderaan dari arah berlainan – kemudian melanggar rel adang di jalan bertentangan sebelum jatuh ke dalam tasik. – AFP

Pekerja penyelamat berusaha mengeluarkan bas yang terjunam ke dalam sebuah tasik di Anshun, barat daya wilayah Guizhou, 7 Julai. Sekurang-kurangnya 21 maut dalam nahas itu, menurut pihak berkuasa dan media kerajaan. –AFP