MEXICO CITY, 15 MEI – Kira-kira21 orang maut dalam nahas di lebuh raya di negeri Puebla, Mexico kelmarin, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Tragedi itu melibatkan tiga buah kenderaan dan beberapa orang yang tidak dinyatakan jumlahnya sedang menerima rawatan akibat kecederaan, kata Menteri Dalam Negeri, Puebla Samuel Aguilar, dalam satu hantaran di platform sosial X.
Nahas berlaku kelmarin di kilometer 31 Lebuhraya Cuacnopalan-Oaxaca. Ambulans dan perkhidmatan kecemasan lain sedang menjalankan operasi di lokasi kejadian.
Media tempatan melaporkan yang perlanggaran maut itu berlaku apabila sebuah lori cuba memotong kenderaan lain lalu memasuki lorong bertentangan dan melanggar sebuah bas, sebelum bertembung dengan sebuah van pengangkut. – Bernama
