Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    21 maut, nahas bot karam di perairan Greece

    KYTHIRA, GREECE, 6 OKT – Penduduk pulau Greece menarik penumpang kapal karam ke tebing curam untuk menyelamatkan mereka dalam operasi dramatik selepas dua buah bot karam di perairan Greece, menyebabkan sekurang-kurangnya 21 orang maut dan ramai lagi penghijrah masih hilang.

    Pengawal pantai di pulau timur Lesbos berkata, 16 mayat wanita muda Afrika dan seorang lelaki muda ditemui di sana selepas sebuah bot yang membawa kira-kira 40 orang penumpang karam. Sepuluh wanita diselamatkan, manakala 13 pendatang lain dipercayai hilang, kata pegawai pengawal pantai.

    “Wanita-wanita yang diselamatkan berada dalam keadaan panik, jadi kami masih cuba mencari tahu apa yang berlaku,” kata jurucakap pengawal pantai Nikos Kokkalas kepada televisyen kerajaan. “Wanita tersebut semuanya dari negara Afrika, berumur 20 tahun ke atas. Namun, terdapat pencarian di darat dan juga di laut dan kami berharap mangsa yang terselamat berjaya mendarat.”

    Usaha menyelamat kedua dilancarkan beberapa ratus kilometer (batu) ke barat, di luar pulau Kythira, di mana sebuah bot layar melanggar batu dan tenggelam. Mayat sekurang-kurangnya empat pendatang dilihat bersebelahan serpihan terapung dari bot layar.

    Kematian akan direkodkan secara rasmi apabila mayat ditemui, kata pegawai. Mereka menambah bahawa 80 orang, dari Iran, Iraq dan Afghanistan, telah diselamatkan sementara pencarian diteruskan untuk seramai 11 orang masih dipercayai hilang.

    Dengan angin di kawasan tersebut mencecah 70kmsj (45mph), penyelamat Perkhidmatan Bomba dan sukarelawan tempatan di Kythira menurunkan tali untuk membantu pendatang memanjat tebing di pinggir laut. Mangsa yang terselamat yang berpaut pada tali ditarik ke atas cenuram curam ketika yang lain dipukul ombak ketika mereka menunggu giliran di kawasan batu kecil di dasar. – AP

    Pihak berkuasa dan penduduk tempatan menyelamatkan mangsa semasa operasi menyelamat berskala besar di pulau Kythira, kira-kira 225 kilometer (140 batu) di selatan Athens, 6 Oktober 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...