Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    21 murid diraikan dalam majlis khatam Al-Quran

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 2 Okt – Seramai 21 orang murid Darjah 6 termasuk seorang murid yang mengikuti Program SENA telah diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran bagi Sekolah Ugama Kupang, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu khas di majlis tersebut ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Kupang, Pengiran Mohd Ali Hanafiah bin Pengiran Haji Timbang yang juga ketua kampung tersebut.

    Majlis yang diadakan di dewan sekolah berkenaan, antara lain bertujuan bagi menggalakkan murid-murid untuk sentiasa mengamalkan bacaan Al-Quran dengan betul dan lancar, di samping memastikan murid-murid menamatkan bacaan Al-Quran mereka sebelum menamatkan persekolahan agama mereka.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil kepada peserta-peserta khatam daripada tetamu khas dan merenjis minyak wangi oleh ibu bapa peserta khatam.

    Majlis seterusnya menyaksikan penyampaian cenderahati kepada tetamu khas yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Ugama Kupang, Hajah Nekmah binti Haji Mohammad.

    Tetamu khas bergambar ramai bersama guru-guru dan para pelajar yang diraikan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda