Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    21 peserta tamat program Sports Performance Specialist

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – 21 peserta telah menamatkan program Sports Performance Specialist Tahap 1 kelmarin yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Keranjang Brunei, dengan kerjasama Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) Asia.

    Sesi program ini telah dipimpin oleh jurulatih Hani Assi yang kini merupakan pensyarah di University of East London dan Ketua Jurulatih Strength and Conditioning untuk Program Bola Keranjang Kebangsaan Saudi.

    Para peserta telah menghadiri beberapa siri kelas dan sesi praktikal sepanjang program dua hari tersebut.

    Walaupun program ini menyasarkan pergerakan badan bagi sukan bola keranjang, ia telah menarik minat daripada ramai atlet dan jurulatih sukan lain.

    Namun ia bukanlah konsep baharu, di Brunei, terdapat jurang pengetahuan mengenai penggunaan latihannya untuk meminimumkan kecederaan dan meningkatkan prestasi.

    “Maklum balas umum daripada peserta kami adalah mereka telah belajar banyak dalam tempoh dua hari yang lalu dan mereka menantikan Tahap 2,” kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Keranjang Brunei, Lim Boon Teck.

    Para peserta bergambar ramai semasa program berkenaan. – Gambar serahan Persatuan Bola Keranjang Brunei
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda