Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    21 rakyat Palestin maut dalam kebakaran

    GAZA, 18 NOV – Sekurang-kurangnya 21 rakyat Palestin termasuk tujuh kanak-kanak terbunuh manakala lebih 30 lagi cedera dalam kebakaran membabitkan bangunan kediaman di Jabaliadi, Tal-Za’tar, utara Semenanjung Gaza semalam, lapor Xinhua memetik sumber keselamatan dan perubatan.

    Angka korban dijangka meningkat memandangkan beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal, kata pengarah sebuah hospital, Salah Abu Laila.

    Menurut saksi kejadian, anggota pertahanan awam bertungkus-lumus untuk mengawal kebakaran.

    Kenyataan Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, siasatan awal mendapati sejumlah besar bahan api yang disimpan di dalam bangunan itu mungkin menjadi punca kebakaran. – Bernama

    Anggota bomba Palestin memeriksa sebuah pangsapuri yang musnah dalam kebakaran di Jabalia, utara Semenanjung Gaza, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...