Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Sebanyak 21 buah syarikat diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi 2024 seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Urusan Haji, hari ini.
Daripada jumlah tersebut, lapan buah syarikat sahaja yang dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan pakej haji dan pakej umrah (Visa Umrah dan Visa Pelancong Arab Saudi) bagi tahun 1443 Hijrah hingga 1445 Hijrah.
Jabatan Urusan Haji, KHEU, dalam kenyataan yang dikeluarkan telah mengongsikan 21 buah syarikat berkenaan iaitu Darussalam Services Sdn Bhd, Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd, Raudah Al-Amin Sdn Bhd, Continental Yachting Sdn Bhd, At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd, Titian Travel and Tours Sdn Bhd, Dar El-Ehsan Travel and Tours Sdn Bhd, Al-Hijrah Travel and Tours Sdn Bhd, Al-Abraj Travel and Tours Sdn Bhd, Al-Baraka Travel Services Sdn Bhd, Aleiya Voyages Sdn Bhd, Al-Hajat Tours and Travels Agency Sdn Bhd, Al-Haramain Bil Iman Travel and Tours Sdn Bhd, A Safa Travel and Tours Sdn Bhd, Balurih Travel Sdn Bhd, Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn Bhd, JB Travel Agencies Sdn Bhd, Lamisa International Tours and Travels Sdn Bhd, Mustaqim Travel and Tours Sdn Bhd, PGGMB Travel Services Sdn Bhd dan Qamaroon Tours Sdn Bhd.
Sementara itu, lapan syarikat yang mengendalikan perkhidmatan Visa Umrah dan Visa Pelancong Arab Saudi untuk perkhidmatan pakej haji dan pakej umrah pula adalah Darussalam Services Sdn Bhd, Straits Central Agencies Sdn Bhd, Raudah Al-Amin Sdn Bhd, Continental Yachting Sdn Bhd, Dar El-Ehsan Travel and Tours Sdn Bhd, Al-Hijrah Travel and Tours Sdn Bhd, Titian Travel and Tours Sdn Bhd dan At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd.
Senarai syarikat-syarikat berkenaan juga boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi KHEU, www.mora.gov.bn atau berhubung terus ke Jabatan Urusan Haji di talian 2384478 atau e-mel kepada juh.kheu@mora.gov.bn.


