Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    21 tamat program pensijilan IFP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Seramai 21 kakitangan BIBD telah menamatkan program pensijilan Perancang Kewangan Islam (IFP) yang dianjurkan oleh Institut Kewangan Perbankan Islam Malaysia (IBFIM) baru-baru ini, justeru membawa jumlah perancang kewangan Islam bertauliah dalam BIBD kepada 61 orang.

    Program pensijilan bertujuan menambah kemahiran tenaga kerja BIBD dalam menawarkan perkhidmatan pakar runding yang amat mahir untuk pelanggan dalam me-ngendali hal ehwal kewangan mereka demi mencapai matlamat hidup mereka.

    Program pensijilan ini adalah sebahagian daripada pelaburan BIBD dalam mengembang modal insan dan mempersiapkan profesional terbaik di dunia. Ia adalah sejajar dengan Wawasan Brunei 2035, untuk menjadi negara yang diiktiraf untuk kejayaan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.

    Salah seorang peserta program BIBD, Vivian Lim Guek Pei daripada Perbankan Perdana Privilege, diiktiraf sebagai ‘Highest Achiever’ untuk sijil Perancang Kewangan Islam. Beliau menerima anugerah khas semasa Majlis Anugerah IFP yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 30 Januari 2020.

    Ketua Pegawai Sumber Manusia BIBD, Dayang Habibah binti Haji Harry memberi komen bahawa ‘Kelayakan berkenaan melengkapi pekerja kami dengan alat pasaran yang membolehkan mereka mempertingkat pengalaman pelanggan BIBD. Dengan kemahiran dan pengetahuan yang baru diperoleh, mereka akan memberikan penyelesaian kewangan Islam dan pengurusan kekayaan yang lebih berkesan untuk pelanggan kami. BIBD akan terus memajukan modal insan sebagai satu strategi asas untuk memenuhi permintaan pelanggan kami yang semakin meningkat dengan menawarkan produk kewangan Islam yang inovatif.”

    Vivian Lim Guek Pei menerima anugerah ‘Highest Achiever’ untuk sijil Perancang Kewangan Islam pada Majlis Anugerah IFP yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 30 Januari 2020.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda