Oleh Syahmi Hassan BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT–Sebanyak 210 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan di negara ini hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini kepada 7,326 orang. Sementara itu, terdapat 49 tambahan kes baharu kepada 17 kluster aktif sedia ada, yang merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya.