Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    210 pil disembunyikan dalam rektum

    SINGAPURA, 2 April 2008 – Seorang warga Singapura yang tiba dengan menggunakan bot didapati menyembunyikan 210 pil Subutex di dalam rektumnya, kata laporan berita hari ini.

    Lelaki itu, 46, ditahan di Pusat Persiaran Singapura berikutan perjalanannya dari pulau Batam, Indonesia yang berdekatan.

    Subutex, yang dikenali sebagai ubat pengganti terutamanya bagi penagih heroin pada 2002, diharamkan pada Ogos 2006 selepas sejumlah besar pengguna menjadi ketagih kepada pil itu.

    Lelaki itu ditahan pada Ahad oleh Pegawai Pusat Biro Narkotik, menurut The Straits Times. Dia mengakui membawa dadah itu untuk diseludupi ke Singapura selepas disiasat.

    Diikat dalam lapan bungkusan, dadah itu dikeluarkan di hospital berdekatan dan nilai jalanan bagi dadah tersebut dianggarkan sebanyak 21,000 dolar Singapura.

    Selain daripada itu, seorang lelaki kemudian ditahan, kata laporan kerana dikatakan seharusnya menerima pil tersebut.

    Seorang juruteknik, 31, ditahan selepas disyaki terlibat sebelum bergelut dengan pihak polis. Empat pil Subutex dan dua alat suntikan ditemui termasuk pisau yang berukuran 19 sentimeter di motosikalnya.

    Kebanyakan pil Subutex dalam pasaran gelap di Singapura adalah dari Batam.

    Pada tahun lepas sahaja, 153 penyeludup Subutex ditahan di bawah undang-undang anti dadah tegas negara itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda