Thursday, February 27, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    214 dilantik imam tarawih

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Seramai 214 orang imam telah dilantik bagi mengimamkan sembahyang Sunat Tarawih bagi tahun 1446H/2025M dengan majlis penyampaian surat lantikan telah diadakan pagi tadi di Masjid Sufri Bolkiah, Kampung Perpindahan Berakas.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan surat lantikan ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Para imam yang dilantik terdiri daripada 27 orang pegawai masjid, 21 orang tenaga pengajar, 135 penuntut dan 31 orang lepasan dariInstitut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) yang mana lepasan pelajar ITQSHHB ini sama ada yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau yang sedang menyambung pengajian di peringkat tinggi di dalam dan luar negara.

    Mereka akan ditempatkan di 79 buah masjid di seluruh negara.

    Penyampaian surat lantikan berkenaan merupakan usaha Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama ITQSHHB untuk memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadan, khususnya mengerjakan sembahyang Sunat Tarawih berjemaah di masjid.

    Antara objektif penempatan imam terawih daripada kalangan pelajar dan lepasan pelajar ITQSHHB adalah untuk membolehkan mereka ini mengulang kaji hafazan, memantapkan hafazan dan juga agar mereka ini diberikan pengalaman sebagai seorang imam.

    Dengan penglibatan mereka sebagai imam di masjid yang telah diaturkan, akan dapat menarik lebih ramai jemaah untuk menghadiri sembahyang Sunat Tarawih.

    la juga sebagai salah satu langkah untuk anak-anak tempatan khususnya para belia dalam mentakmir dan mengimarahkan lagi masjid pada bulan Ramadan.

    Haji Amir Hisham menyampaikan surat lantikan kepada salah seorang imam pada majlis di Masjid Sufri Bolkiah, Kampung Perpindahan Berakas, kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda