Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    215 pelajar lanjut pengajian di IBTE JBC

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 11 JULAI – Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Jefri Bolkiah (JBC) mengalu-alukan 215 pelajar yang terpilih untuk mengikuti pelbagai program yang ditawarkan kampus bagi sesi pengambilan Julai 2025.

    Pelajar baharu berkenaan telah menyertai minggu orientasi bermula hari ini di Dewan Serba guna IBTE JBC dengan tujuan memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai suasana dan persekitaran pembelajaran di IBTE serta membina hubungan antara pelajar baharu dengan rakan-rakan mereka dan tenaga pengajar mereka.

    Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang minggu orientasi termasuk sesi taklimat daripada unit-unit kampus, aktiviti suai kenal serta lawatan kampus yang dikendalikan oleh majlis pelajar dan ketua kumpulan dari IBTE JBC.

    Di samping itu, para pelajar juga didedahkan dengan peraturan-peraturan kampus, keselamatan serta kemudahan-kemudahan sokongan pelajar.

    Antara penuntut IBTE JBC yang terpilih mengikuti sesi pengambilan Julai. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda