Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Seramai 2,160 warga Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) hari ini menyertai Majlis Khatam Al-Quran 72 kali sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-72.