Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    217 pelari seluruh negara sertai Larian Malam KB

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 7 SEPT – Seramai 217 pelari dari seluruh negara telah menyertai acara Larian Malam KB diadakan kelmarin.
     
    Acara larian tersebut merupakan anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Pekan Kuala Belait dengan kerjasama Pejabat Daerah Belait itu diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ke-79 tahun. 
     
    Acara turut mendapat sokongan BSRC Running Club, Positive Sports dan AQRace Timing System. Larian berkenaan dibahagikan kepada lima kategori, termasuk 6 kilometer (km) Lelaki Terbuka, 6km Wanita Terbuka dan 3km Fun Run.
     
    Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyertai larian kategori 3km Fun Run ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad. Turut serta ialah Penolong Pegawai Daerah Belait, Mohd Faiq bin Haji Rani yang menyertai dalam kategori 6km Lelaki Terbuka.
     
    Pelari terbaik daripada kategori 6km menerima hadiah pada akhir larian oleh tetamu kehormat bagi memperingati pencapaian mereka. 
     
    Sebahagian daripada pelari yang menyertai acara berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda