MEKAH, 9 MEI – Pasukan Keselamatan Haji menahan seorang penduduk warga Mesir kerana membawa 22 individu dengan bas ke sini, yang melanggar peraturan dan arahan ibadah haji.
Menurut agensi berita Arab Saudi (SPA), kesemua mereka ditahan ketika cuba memasuki Mekah tanpa permit haji.
Pihak berkuasa telah menahan pemandu serta semua penumpang dan mereka dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan untuk tindakan undang-undang sewajarnya. – Bernama
