Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    22 guru terima sijil tamat jalani klinik sukan petanque

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Sept – Persekutuan Petanque Brunei Darussalam menganjurkan klinik Sukan Petanque bagi guru-guru di Daerah Brunei dan Muara.

    Klinik itu diadakan di Gelanggang Petanque Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas bermula pada 11 hingga 12 September 2017 di sini.

    Ia adalah anjuran Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan Kokurikulum Kementerian Pendidikan dan Persekutuan Petanque Brunei Darussalam.

    Sehubungan dengan kejayaan klinik Sukan Petanque tersebut, pihak Persekutuan Petanque Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Klinik Sukan Petanque yang melibatkan 22 orang guru dari Daerah Brunei dan Muara ini.

    Tetamu kehormat bergambar bersama para peserta setelah selesainya penyampaian sijil tamat klinik sukan petanque tersebut. – PPBD

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Kokurikulum Kementerian Pendidikan, Pengiran Jusry bin Pengiran Haji Hashim yang turut berkesempatan untuk menyampaikan sijil kepada guru-guru yang terlibat di dalam klinik sukan petanque selama dua hari itu.

    Para peserta juga berpuas hati dengan klinik yang diadakan dan berharap ia dapat dikembangkan ke sekolah-sekolah bagi mencungkil bakat pemain remaja bagi pelapis pasukan kebangsaan di masa akan datang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda