Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    22 maut dalam pengeboman bunuh diri di Nigeria

    LAGOS, 18 Feb – Sekurang-kurangnya 22 orang terkorban dan 28 orang yang lain cedera ketika pengebom berani mati melakukan serangan di sebuah pasar di negeri timur laut Nigeria pada Jumaat lalu, menurut Agensi Berita Rasmi Nigeria (NAN) kelmarin.

    Menurut laporan itu lagi, serangan itu berlaku lewat hari Jumaat, ketika tiga pengebom berani mati meletupkan bahan peledak di Kasuwar Kifi, di pinggir kota Konduga.

    Seorang saksi, Idrissa Bana, dipetik sebagai berkata bahawa ketiga-tiga pengebom itu melakukan pengeboman itu secara serentak meletupkan alat letupan improvisasi (IED) pada badan mereka di pasar yang sesak itu.

    “Ketika itu, orang ramai pergi membeli belah pada saat-saat terakhir ketika pengebom itu meletupkan dirinya di pasar,” katanya.

    Kumpulan militan Boko Haram telah meningkatkan kempen pengeboman nekad menggunakan perempuan memakai tudung, untuk melakukan pengeboman yang menyasarkan kawasan di timur laut Nigeria.

    Awal bulan ini, enam orang terbunuh dan 39 yang lain cedera dalam serangan bunuh diri di Nigeria timur laut.

    Selain itu, pada awal Tahun Baharu, satu pengeboman berani mati telah membunuh sekurang-kurangnya tiga orang di bandar Madagali timur laut Nigeria.

    Negara Afrika Barat telah mengorbankan lebih daripada 20,000 nyawa di rantau Utara sejak 2009 akibat pemberontakan Boko Haram. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda