Friday, May 16, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    22 pelajar UTB pamer projek

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Seramai 22 mahasiswa Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Multimedia Kreatif dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengkomputeran Internet mempamerkan projek mereka pada Hari Pameran Projek Tahun Akhir Pengkomputeran Kreatif 2018 yang berlangsung di Universiti Teknologi Brunei (UTB), hari ini.

    Projek itu merupakan projek tahun akhir untuk kumpulan kedua bagi kedua-dua program yang diperkenalkan pada 2013 sebagai seruan untuk memenuhi keperluan industri kreatif bagi graduan yang berkeupayaan dan berkemahiran tinggi dengan ilmu pengetahuan asas dalam teknologi multimedia kreatif dan media digital.

    Semasa pameran sehari itu, para mahasiswa mempamerkan projek-projek mereka yang merangkumi pelbagai bidang pengkomputeran kreatif daripada kajian penyelidikan, realiti maya, model 3D, kecerdasan buatan, permainan komputer, animasi dan aplikasi mudah alih.

    Para pengunjung yang terdiri daripada pihak yang berkepentingan, orang ramai, pelajar institusi pengajian dan juga pelabur berpeluang untuk mengenali, memahami dan berinteraksi dengan para pelajar untuk mendapatkan penerangan mengenai projek serta aplikasi projek mereka.

    Salah seorang pelajar tahun akhir, Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengkomputeran Internet, Awangku Mohammad Salihin bin Pengiran Haji Abdul Rahim mengetengahkan projek aplikasi mudah alih berbasikal, Cyclisthub.

    Awangku Mohammad Salihin menerangkan mengenai projeknya, Cyclisthub.
    Dayang Rabiatul Adawiyah menerangkan mengenai projek permainan Muzium Maya Brunei kepada pengunjung pada Hari Pameran Projek Tahun Akhir Pengkomputeran Kreatif 2018 yang berlangsung di UTB.

    Menurut Awangku Mohammad Salihin, aplikasi itu diilhamkan daripada minatnya sebagai seorang penunggang basikal serta pengalaman berbasikalnya sendiri di mana beliau hampir menjadi mangsa kemalangan ketika berbasikal seorang diri.

    Aplikasi itu, jelasnya, bermatlamat untuk mengenal pasti masalah yang boleh menjejaskan keselamatan penunggang basikal di jalan raya serta untuk meningkatkan kesedaran keselamatan ketika menunggang basikal di jalan raya kepada para penunggang basikal atau penggemar kegiatan berbasikal.

    Beliau menjelaskan bahawa aplikasi yang masih dalam peringkat percubaan itu telah dicuba oleh kira-kira 50 orang penunggang basikal dan maklum balas mereka bagi projek itu memberikannya pelbagai idea untuk mengembangkan serta memperbaiki lagi aplikasi yang diharap dapat dilancarkan ke pelantar Google PlayStore pada hujung 2018.

    Salah satu ciri menarik aplikasi itu, jelas Awangku Mohammad Salihin, ialah Daily Ride Events di mana ia memberikan peluang kepada para penunggang basikal untuk mengetahui acara berbasikal yang diadakan secara harian di mana mereka boleh menyertai acara yang mempamerkan tahap penunggang basikal, jenis basikal serta kelajuan berbasikal.

    Menerusi aplikasi itu, Awangku Mohammad Salihin berharap lebih ramai penunggang basikal akan peka mengenai isu-isu keselamatan ketika berbasikal, peraturan-peraturan berbasikal di jalan raya serta untuk berbasikal secara berkumpulan bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

    Seorang lagi pelajar tahun akhir, Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Multimedia Kreatif, Dayang Rabiatul Adawiyah binti Mudim Haji Amran pula mempamerkan projek permainan mudah alih Muzium Maya Brunei di mana ia merupakan permainan yang membolehkan pemain untuk menyelami dan mengetahui mengenai sejarah serta budaya unik masyarakat Brunei.

    Beliau yang mengambil masa lebih lima bulan untuk menghasilkan permainan itu, menyatakan bahawa idea bagi projek berkenaan tercetus daripada minatnya untuk generasi akan datang memahami, mengenali dan mempertahankan budaya tradisi unik masyarakat Brunei.

    Menurutnya, para pemain akan melalui beberapa buah rumah yang mengetengahkan reka bentuk unik seni bina tradisional di Kampong Ayer dan di rumah-rumah tertentu, para pemain boleh mengetahui mengenai permainan tradisional Brunei atau lagu-lagu tradisional Brunei.

    Dayang Rabiatul Adawiyah menjelaskan bahawa maklum balas daripada para pemain bagi permainan itu adalah positif dan hasil daripada komen serta cadangan yang diberikan, beliau ingin menjadikan permainan itu lebih interaktif serta mengetengahkan lebih banyak maklumat mengenai sejarah, budaya dan khazanah masyarakat Brunei.

    Antara yang turut mengetengahkan projek dalam pameran tersebut ialah 12 pelajar tahun akhir daripada Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengkomputeran Internet, Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengkomputeran dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Rangkaian dan Keselamatan Komputer.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/