Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Seramai 22 orang peserta Program Hibrid pada 10 hingga 13 Julai dan Program Latihan di Batam Indonesia pada 17 hingga 25 Julai 2023 yang terdiri daripada pendidik profesional dari Brunei, Indonesia, Malaysia dan Bhutan termasuk Profesor, pensyarah dan Pemaju IT hari ini menerima sijil selepas berjaya menamat kursus Program Peningkatan Guru Hibrid secara maya kelmarin.
Program dengan tajuk ‘Memperkasa Guru Untuk IR4.0 Menggunakan Teknologi Maya’ dianjurkan bersama oleh Pusat Serantau TVET, SEAMEO VOCTECH dan Labtech International.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis.