Thursday, January 30, 2025
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    22 pos pertolongan cemas disediakan semasa perarakan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Brunei Darussalam telah dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja Kesihatan bagi Istiadat Perkahwinan Diraja di bawah Kementerian Kesihatan melalui Perkhidmatan Ambulans Perubatan Kecemasan (EMAS) dan PBSM bagi menyediakan perlindungan perubatan semasa perarakan yang akan berlangsung pada 14 Januari ini.

    Pasukan Perubatan PBSM, yang terdiri daripada Pasukan Pertolongan Cemas PBSM akan bertanggungjawab bagi menyediakan perkhidmatan bantuan dan memastikan keselamatan awam di majlis tersebut.

    Pasukan itu akan ditempatkan di sepanjang laluan perarakan diraja yang bermula dari Istana Nurul Iman ke Bangunan Alat Kebesaran Diraja di ibu negara.

    Terdapat 22 pos pertolongan cemas di sepanjang laluan, dengan penglibatan anggota daripada kadet institusi pengajian tinggi, anggota platun daerah dan pegawai serta sukarelawan awam yang terlatih akan berkhidmat sebagai pembantu cemas.

    Sementara itu, PBSM Brunei Darussalam telah menerima sumbangan daripada Trane Aire Sdn Bhd yang terdiri daripada 250 helai ves pertolongan cemas, manakala DSC Engineering Sdn Bhd pula telah menyumbang 50 unit beg pertolongan cemas taktikal dan satu unit beg trauma kecemasan.

    Barangan berkenaan akan digunakan oleh Walking Team Pertolongan Cemas PBSM semasa perarakan itu nanti, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab bagi menyediakan perkhidmatan perubatan dan memastikan keselamatan awam.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda