SAN JOSE PINULA, Guatemala, 9 Mac – Guatemala mengisytiharkan tiga hari perkabungan selepas kejadian kebakaran semalam di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak yang dikendalikan kerajaan yang telah mengorbankan kira-kira 22 orang remaja perempuan dan menumpu pada dakwaan seksual dan penganiayaan lain di tempat perlindungan itu. Kesemua yang terbunuh berusia antara 14 dan 17 tahun.
Kebanyakan mereka meninggal dunia akibat melecur dalam kejadian kebakaran di Virgin of the Assumption Safe Home di San Jose Pinula, 10 kilometer timur Bandar Guatemala, menurut para pegawai.
Sejumlah 38 orang lagi tercedera, 16 daripada mereka dalam keadaan kritikal, menurut para pegawai hospital.
Presiden Jimmy Morales berkata melalui televisyen kebangsaan bahawa beliau telah mengarahkan penyingkiran pengarah tempat perlindungan itu.
Kebakaran dipercayai berlaku ketika pemberontakan semalaman di tempat itu yang menempatkan hampir dua kali ganda 400 orang daripada kapasiti yang sepatutnya. Sebilangan belia cuba melarikan diri, menurut laporan berita.

Morales berkata sebelum kebakaran, arahan telah diberikan supaya memindahkan sebilangan belia ke penempatan lain kerana tempat itu sesak.
“Mereka sedang menghidangkan makanan kepada para remaja apabila sebilangan mereka mula membakar tilam dan begitulah caranya kebakaran bermula,” kata Abner Paredes, seorang pendakwa pelindung hak asasi kanak-kanak.
Aktivis-aktivis hak asasi kemanusiaan telah berjaga sepanjang malam semalam, menyalakan lilin dan meletakkan bunga di luar tempat perlindungan itu dan di dataran utama di Bandar Guatemala.
“Ini adalah detik bom jangka. Ini dijangkakan,” salah seorang dari bekas kakitangan pusat itu, Angel Cardenas berkata di luar.
Menurutnya dia telah berkali-kali memberi amaran tentang keadaan di dalam pusat itu.
Pada pintu masuk pusat perlindungan itu yang tembok konkritnya berdawai besi berduri yang mengagumkan tidak menunjukkan drama di dalam – para anggota keluarga bersesak-sesak di laluan masuk. Mereka mencari berita tentang kanak-kanak yang ditempatkan di situ. Polis telah menyekat laluan ke pusat itu kepada para pemberita. – AFP