Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    22 warga asing ditahan terlibat judi

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BELAIT, 11 JULAI – Seramai 22 suspek lelaki dan wanita warga asing telah ditahan kerana didapati terlibat dalam kegiatan perjudian dalam operasi sepadu yang dijalankan di lokasi berasingan di kawasan tadahan Daerah Belait dan satu serbuan di sebuah kediaman kawasan Jalan Kerma Negara.

    Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hari ini, turut dirampas semasa serbuan itu ialah peralatan permainan judi seperti kain judi, penyimpanan buah dadu (kong) bersama dadu serta sejumlah wang tunai dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut.

    Seramai 70 pegawai dan anggota dari Balai Polis Kuala Belait, Balai Polis Panaga, Balai Polis Seria, Jabatan Perisikan Jenayah PPDB, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU) telah terlibat dalam operasi tersebut.

    Sementara itu, hasil daripada pemeriksaan dan operasi yang dijalankan, JKED juga menemukan beberapa kesalahan yang melibatkan barangan tegahan iaitu beberapa tin dan botol minuman keras serta rokok yang tidak bertuan.

    Kesemua penahanan dan barang rampasan dibawa ke jabatan masing-masing bagi tindakan lanjut.

    Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4 iaitu kesalahan melibatkan pengendalian tempat kejadian dan Seksyen 6 (1) kesalahan bermain judi, Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28.

    Agensi-agensi penguat kuasa akan sentiasa teguh terhadap penekanan undang-undang di negara ini dalam matlamat yang utama untuk membendung, mengesan serta membanteras kegiatan-kegiatan yang cuba meruntuhkan akhlak serta kesejahteraan mahupun keamanan di negara ini.

    Antara barang yang dirampas oleh PPDB semasa serbuan tersebut. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda