Friday, March 14, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    22,000 dipindahkan pentas festival muzik terbakar

    MADRID, 30 Julai – Lebih 22,000 penonton dipindahkan selepas pentas festival muzik elektronik dekat Barcelona terbakar, memaksa semua yang sedang berhibur bertempiaran menyelamatkan diri.

    Pasukan bomba dalam kenyataan berkata, beberapa jentera dikejarkan ke Tomorrowland festival di Santa Coloma de Gramenet di timur laut Sepanyol.

    Bomba mengesahkan api berjaya dipadamkan dan tiada mangsa dilaporkan cedera.

    Semua 22,143 penonton terpaksa dipindahkan ketika festival itu berlangsung.

    Gambar dari rakaman video menunjukkan api telah membakar panggung luar semasa festival muzik elektronik ‘Tomorrowland’ di Barcelona, Sepanyol pada 29 Julai 2017. – AP
    Gambar dari rakaman video menunjukkan api telah membakar panggung luar semasa festival muzik elektronik ‘Tomorrowland’ di Barcelona, Sepanyol pada 29 Julai 2017. – AP

    Rakaman insiden itu menunjukkan sebahagian daripada pentas dijilat api, pancuran air turut kelihatan ketika orang ramai bertempiaran lari hingga kelihatan kepulan asap hitam.

    Penganjur festival menerusi laman sosial Facebook memberitahu kerosakan teknikal dipercayai menjadi punca kebakaran tetapi kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan untuk mengesahkan punca sebenar.

    “Terima kasih atas bantuan pihak berkuasa hingga berjaya memindahkan lebih 22,000 pelawat dengan selamat tanpa sebarang kecederaan, ” kata penganjur. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda