Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Seramai 224 pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan diraikan dan menerima Pingat Kerja Lama (PKL) dalam Majlis Penyampaian PKL Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 Tahun bagi Tahun 2024 yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.
Hadir untuk menyempurnakan penyampaian pingat kepada para penerima yang diraikan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan (MOH), Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) MOH, Dr Hajah Lailawati binti Haji Jumat; ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan MOH.
Pada majlis berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyempurnakan penyampaian Pingat Kerja Lama kepada seramai 224 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.
Majlis itu diadakan sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas jasa bakti para pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat di MOH dalam bidang tugas masing-masing.

Semua di atas: Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyempurnakan penyampaian PKL kepada antara penerima.

