Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    226 kes disahkan sembuh

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JAN – Sebanyak 226 kes COVID telah disahkan sembuh di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 267,458.

    Menurut Kementerian Kesihatan melalui Siaran Akhbar bagi Status Harian Norma Baharu COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, satu kes berada dalam kategori 4, iaitu memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU), dan tiada kes berada dalam kategori 5.

    Sementara itu, bagi kadar liputan vaksinasi COVID bagi penduduk umum, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima tiga dos vaksin ialah 79 peratus dan 11.6 peratus telah menerima empat dos vaksin.

    Peratusan bagi program vaksin bagi kanak-kanak dan remaja yang berumur lima hingga 11 tahun yang menerima dua dos vaksin COVID ialah 87.4 peratus manakala bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang menerima tiga dos vaksin mencapai 62.5 peratus.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda