Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    229 peserta khatam Satu Minggu, Satu Juzuk diraikan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Seramai 229 peserta khatam terdiri daripada pelajar Pra hingga Darjah 6 sekolah-sekolah agama di Daerah Tutong yang mengikuti Program ‘Satu Minggu Satu Juzuk’ telah diraikan setelah berjaya menamatkan pembacaan 30 Juzuk Al-Quran yang diadakan di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, petang tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis meraikan 108 pelajar lelaki dan 121 pelajar perempuan tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat sebelum diteruskan dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga An-Nas oleh peserta khatam dan diikuti dengan bacaan Takhtim oleh guru-guru agama perempuan dan seterusnya bacaan Doa Khatam Al-Quran oleh salah seorang peserta khatam dan persembahan Dikir Marhaban oleh guru-guru agama lelaki.

    Majlis diikuti dengan acara merenjis minyak wangi serta penyampaian sijil khatam yang telah disempurnakan oleh tetamu kehormat dan seterusnya diikuti oleh jemputan-jemputan khas dan para ibu bapa serta penjaga peserta.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Majlis seumpama adalah bertujuan bagi memantapkan lagi mutu bacaan Al-Quran para pelajar sekolah agama menerusi amalan membaca Al-Quran secara bertalaqqi, sekali gus dapat menyuntik dan mendidik murid-murid agar sentiasa membaca, mencintai, mendengar Al-Quran sebagai amalan harian mereka.

    Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin ketika menghadiri majlis khatam bagi para peserta Program Satu Minggu, Satu Juzuk.
    Para peserta khatam Program Satu Minggu, Satu Juzuk yang diraikan di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda