Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    23 ahli kadet bomba UNISSA tamat kursus

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Seramai 23 orang ahli Kadet Bomba dan Penyelamat Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pengambilan ketiga dan keempat telah berjaya menamatkan kursus dan menerima sijil masing-masing, kelmarin.

    Majlis yang berlangsung di Capital Residence Suites, Citrus Cafe/Hall itu antara lain bertujuan untuk mengiktiraf usaha dan prestasi peserta kursus yang telah menyelesaikan program latihan atau pendidikan.

    Selain itu, ia juga memberikan penghormatan kepada peserta atas kerja keras, komitmen, dan pencapaian mereka.

    Pada majlis itu, Penolong Penguasa Bomba, Dayang Azlina binti Haji Adnan hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada peserta kursus.

    Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UNISSA, Dr Norashikin binti Yusof.

    Dayang Azlina menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    Gambar ramai ahli kadet bersama dengan tetamu kehormat dan tetamu khas yang lain. – GAMBAR SERAHAN UNISSA

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...