Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    23 ahli PGGMB berlepas ke Aceh

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Seramai 23 orang ahli Persatuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) hari ini berlepas ke Aceh, Sumatra Utara, Indonesia bagi lawatan muhibah selama lapan hari ke negara itu.

    Lawatan yang diketuai oleh Yang Di-Pertua PGGMB, Haji Antin bin Ahad itu diadakan bagi memenuhi jemputan rasmi daripada Persatuan Guru Republik Indonesia (PGRI) Wilayah Aceh.

    Sepanjang lawatan, rombongan akan mengadakan kunjungan hormat kepada Gabenor Wilayah Aceh dan dibawa melawat ke pejabat dan pusat pendidikan Aceh seperti Dinas Pendidikan Aceh, Kementerian Agama Provinsi Aceh, Perguruan Tinggi Universiti dan Pusat Pentadbiran PGRI Aceh.

    Selain itu, rombongan juga akan mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Raya Baiturrahman, Kapal PLTD Apung dan kapal tsunami Aceh yang menjadi kesan sejarah Tsunami.

    Lawatan seumpama itu adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara PGGMB dan PGRI khususnya di Wilayah Aceh.

    PGGMB dan PGRI merupakan Ahli kepada Majlis Guru-guru ASEAN dan Pertemuan Guru Nusantara (PGN).

    Sehubungan itu, Negara Brunei Darussalam tahun ini akan menjadi tuan rumah kepada Konvensyen Majlis Guru-guru ASEAN ke-35 (ACT) dan Persidangan Pertemuan Guru-guru Nusantara ke-18 tahun ini yang akan dikendalikan oleh PGGMB dengan disertai oleh sembilan buah negara anggota ACT.

    Ahli PGGMB bergambar ramai sebelum berlepas ke Aceh bagi lawatan muhibah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda