Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    23 cedera kebakaran di New York

    NEW YORK, 3 Jan – Seramai 23 penduduk cedera selepas kebakaran memusnahkan sebuah bangunan di The Bronx di sini, semalam.

    Minggu lalu, kebakaran turut berlaku di kawasan sama yang meragut seramai 12 nyawa.

    “Anggota kami tiba di lokasi kejadian ketika api sedang marak. Namun, kami berjaya membawa keluar beberapa mangsa yang terperangkap.

    “Syukur kerana semua mangsa berada dalam keadaan baik,” kata ketua pasukan bomba New York, Daniel Nigro.

    Menurut Nigro, sembilan kanak-kanak adalah antara mangsa yang berjaya diselamatkan.

    Bagaimanapun, jurucakap jabatan bomba yang dihubungi AFP memaklumkan, empat daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal, manakala 19 lagi hanya cedera ringan.

    Anggota bomba yang diselaputi dengan ais yang disembur daripada hos bomba berusaha untuk memadamkan kebakaran di bangunan Bronx di New York pada 2 Januari 2018. Jabatan Bomba New York berkata lebih berpuluh, termasuk ahli bomba tercedera akibat kebakaran tersebut. – AP

    Insiden kebakaran itu menyebabkan 11 keluarga, termasuk 29 dewasa dan 11 kanak-kanak hilang tempat tinggal.

    Seramai 200 anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran dan ia berjaya dikawal dalam tempoh lapan jam.

    Kebakaran berhampiran Zoo Bronx itu dipercayai bermula dari kilang perabot di aras bawah bangunan sebelum merebak ke bahagian lain dengan cepat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda