Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Hari kedua Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan bagi Tahun 1447 Hijrah/2026 Masihi menyaksikan seramai 23 peserta terdiri daripada 18 qari dan lima qariah memperdengarkan bacaan masing-masing pada sebelah pagi dan petang, hari ini.
Hadir selaku tetamu khas pada sebelah pagi ialah Pengarah Hal Ehwal Syariah, Haji Suhaimi bin Haji Gemok, manakala pada sebelah petang dihadiri oleh Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Zulkifli bin Haji Murat.
Musabaqah berkenaan turut disiarkan secara langsung melalui akaun Instagram rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama, @kheu.brunei dan platform Microsoft Teams di pautan https://tiny.cc/kheumusabaqah bagi memberi peluang kepada orang ramai mengikuti secara dalam talian.
Penganjuran Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan bertujuan memartabatkan syiar Islam melalui pembacaan dan penghayatan Al-Quran, di samping melahirkan qari dan qariah negara yang berkualiti, berilmu serta berakhlak mulia.
a juga menjadi platform penting bagi mengasah bakat dan meningkatkan mutu pembacaan Al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam.




