Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    23 mati lemas, enam hilang

    MANILA, 27 JULAI – Sebuah bot kecil karam di sebuah tasik dekat bandar Filipina hari ini, membunuh 23 penumpang manakala enam lagi hilang, menurut penyelamat.

    Kemalangan itu berlaku pada tengah hari di Tasik Laguna, dekat Manila, beberapa jam selepas Taufan Doksuri membadai utara Filipina.

    Bot kayu itu ‘berdepan angin kencang hingga mencetuskan semua penumpang panik dan berlari ke sebelah kiri bot’, menurut kenyataan pengawal pantai.

    “Bot itu mendapat kelulusan untuk berlayar. Tiada lagi ribut melanda di kawasan itu,” kata jurucakap pengawal pantai, Laksamana Muda Armando Balilo kepada wartawan.

    Bot penumpang kecil itu sedang dalam perjalanan biasa dari bandar Binangonan ke pulau Talim di tengah tasik, kata Kenneth Cirados, pegawai penyelamat di bandar tersebut memberitahu AFP.

    Jurucakap itu menambah pihak penyelamat telah mengeluarkan 23 mayat dari air dan terdapat 40 mangsa terselamat.

    “Bot itu tenggelam di hadapan mata kami ketika ia dalam perjalanan pulang ke pulau tersebut,” kata penduduk Binangonan, Frederic Sison, yang berdiri di pelabuhan Kalinawan tempat insiden itu berlaku.

    Beberapa jam selepas kemalangan itu, pihak penyelamat masih mencari enam orang yang masih hilang di tasik itu, kata Cirados.

    Rakaman video mengenai usaha menyelamat telah dikongsi oleh pengawal pantai menunjukkan lelaki berdiri di badan bot yang karam sebelah, dengan menjerit “ada ramai orang di sini”, ketika bot-bot kecil mengelilinginya untuk memberi bantuan.

    Klip video lain menunjukkan dua penyelamat berdiri di tepi-tepi bot untuk menarik orang yang kelihatannya sudah tidak bernyawa lagi. – AFP

    Seorang lelaki berdiri di atas bot penumpang yang karam ketika menjalankan usaha menyelamat di Binangonan, wilayah Rizal, timur Manila, Filipina pada 27 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda