Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    23 pain darah dikumpul

    Oleh Hajah Saemah Kepli

    KUALA BELAIT, 31 Okt – Sebanyak 23 pain darah telah berjaya dikumpulkan melalui kempen derma darah anjuran Syarikat Baker Hughes dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Jabatan Perkhidmatan Makmal Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Kempen yang diadakan kira-kira tiga jam di ibu pejabat syarikat tersebut di Tapak Perindustrian Pekan Belait itu merupakan susulan daripada kempen yang telah diadakan pada Mei lalu. Kali ini, selain penyertaan dalam kalangan pegawai dan kakitangan syarikat itu, ia turut melibatkan penyertaan pekerja daripada beberapa buah syarikat lainnya yang telah diundang bagi menyertainya.

    Pengurus HSE syarikat itu, Awang Abdul Khalid bin Haji Jalil yang turut menyumbangkan darah pada kempen berkenaan menyatakan, kempen tersebut antara lain dihasratkan untuk membantu menambah tabung darah negara, selain untuk mempromosikan inisiatif menyumbang darah kepada kalangan kakitangan dan pekerja syarikat itu serta mendidik mereka untuk sentiasa aktif melibatkan diri dalam masyarakat yang memerlukan.

    Beliau ketika ditemu bual Media Permata turut memberitahu, kempen berkenaan dijangka akan dianjurkan dua kali dalam setahun pada masa-masa akan datang dan berharap lebih ramai lagi yang menampilkan diri menyertainya terutamanya dalam kalangan pekerja syarikat itu.

    Antara yang menyertai kempen derma darah anjuran Syarikat Baker Hughes di Tapak Perindustrian Pekan Belait.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda