Tuesday, October 8, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    23 pasukan berentap di kejohanan futsal HPA

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Sebanyak 11 pasukan akan berentap dalam Kategori Veteran dan 12 pasukan dalam Kategori Terbuka pada Kejohanan Futsal Antara Kementerian-kementerian sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) ke-31, tahun ini.

    Mesyuarat pengurus-pengurus pasukan bagi kejohanan tersebut telah diadakan hari ini di Dewan Teater, Aras Bawah Pejabat Daerah.

    Pengarah Pentadbiran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Haji Amir Azman bin POKPS DP Haji Abdul Rahman, yang juga pengerusi kejohanan futsal tersebut, menyatakan
    bahawa kejohanan itu merupakan platform terbaik untuk mengasah potensi dan mencungkil bakat pemain dalam kalangan warga perkhidmatan awam.

    Beliau menyatakan bahawa di samping memeriahkan lagi Sambutan HPA, kejohanan itu akan menampilkan persaingan menarik daripada semua pasukan untuk memburu kejuaraan.

    “Menerusi kejohanan ini, ia sebagai wadah untuk mengeratkan lagi hubungan muhibah dan mesra bagi semua kementerian,” katanya.

    Dalam kejohanan yang dikendalikan oleh KHEDN, Kategori Veteran dan Kategori Terbuka akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang bersaing secara liga dengan dua pasukan terbaik akan mewakili kumpulan untuk mara ke peringkat separuh akhir sebelum melangkah ke final.

    Haji Amir Azman bergambar ramai dengan pengurus-pengurus pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JAWATANKUASA KEJOHANAN FUTSAL ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda