Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    23 pasukan tunjuk kemahiran tersendiri

    Salah sebuah kumpulan menunjukkan kemahiran dan kreativiti masing-masing ketika berlangsungnya pertandingan tersebut.

    Oleh Hajah Saemah Kepli

    SERIA, 2Okt – Sebanyak 23 pasukan menampilkan kemahiran masing-masing dalam pertandingan awal Pameran Sains anjuran Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) bagi memilih pasukan daripada Daerah Brunei dan Muara yang akan bertanding di peringkat akhir nanti.

    Pasukan yang bertanding antaranya ialah Sekolah St Georges, Sekolah Seri Mulia Sarjana, Sekolah Menengah Sayyidina Hassan dan lainnya, yang menghantar lebih daripada dua pasukan untuk bertanding bagi kategori sekolah rendah dan menengah.

    Pertandingan yang diadakan di OGDC itu akan memilih dua pasukan teratas dalam kategori masing-masing yang akan dipertemukan lagi dengan dua pasukan teratas dari Daerah Belait dan Daerah Tutong pada pertandingan akhir yang akan berlangsung pada 26 November nanti di tempat yang sama.

     

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda