Friday, April 25, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    23 pelajar teroka pembuatan produk MPK Sungai Bunga

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Seramai 23 pelajar IBTE School Hospitality and Tourism berpeluang melihat dengan lebih dekat kegiatan pelancongan yang dilaksanakan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Bunga menerusi program Berdudun ke MPK Sungai Bunga yang berlangsung di Pusat Aktiviti Pelancongan Seri Tanjung, MPK Sungai Bunga kelmarin.

    Rombongan pelajar berkenaan telah dibawa melawat dan melihat secara dekat demonstrasi pemprosesan dan pembuatan tiga jenis produk iaitu keropok udang, kuih sapit dan putumayam yang dikendalikan oleh MPK Sungai Bunga dan Biro Ekonomi dan Pelancongan.

    Lawatan berkenaan bermatlamat memberi pendedahan kepada pelajar dengan melihat secara dekat kegiatan pelancongan yang dilaksanakan oleh MPK Sungai Bunga dan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan pengendali perkhidmatan pelancongan serta potensi yang boleh dikembangmajukan sebagai daya tarikan pelancong untuk datang berkunjung ke kampung berkenaan.

    Semua di atas: Antara aktiviti semasa lawatan berkenaan.
    Sesi bergambar ramai semasa lawatan berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN MPK SG BUNGA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda