Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Seramai 23 orang pelanggan GHK Motors Sdn Bhd telah dipilih untuk memenangi hadiah wang tunai bagi promosi Cabutan Bertuah GHK Raya Lebaran 2022 yang telah berjalan dari awal Mac hingga penghujung April lalu.
Cabutan bagi memilih para pemenang telah diadakan di Ibu Pejabat GHK Motors, di Bilik Pameran Mitsubishi, Beribi dan disiarkan secara langsung menerusi akaun media sosial Mitsubishi Motors untuk pelanggan yang ikut serta.
Majlis menyaksikan nama Awangku Mohd Izzat-Suffi bin Pengiran Emran diumumkan sebagai pemenang hadiah utama berupa wang tunai $5,000, Awang Muhd Zul Qisti bin Abdullah Yusol @ Izul memenangi $3,000 di tempat kedua dan hadiah ketiga berupa wang tunai $1,000 menjadi milik Awang Roslan bin Haji Salam.
Cabutan bagi tiga pemenang teratas telah dibuat oleh Pengarah Urusan BIBD At-Tamwil Berhad, Haji Mohd Said bin Haji Zania.
Manakala cabutan bagi memilih 20 orang pemenang hadiah sagu hati yang akan menerima wang tunai $300 telah dibuat oleh Pemangku Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam BIBD At-Tamwil Berhad, Awang Asharul bin Norshari Kamaluddin; Ketua Operasi BIBD At-Tamwil Berhad, Awang Azri bin Garif; Pengurus Bahagian Jualan Pembangunan dan Pentadbiran Perniagaan Baiduri Finance Berhad, Grace Lim, dan Pengurus Kanan Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Muhd Ali bin Haji Metusin.
Hadir merasmikan acara tersebut ialah Pengurus Besar GHK Motors, Au Thien Kiong; Penolong Jualan dan Pemasaran, Jason Chai, dan Eksekutif Pemasaran, Awang Ahmad Adam.
Para pelanggan yang membeli mana-mana model Mitsubishi, Perodua, Daihatsu, Morris Garage (MG Motor) dan Maxus semasa tempoh promosi berkenaan layak menyertai cabutan bertuah tersebut.