Monday, January 27, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    230 hadiri taklimat program bimbingan solat untuk pelajar

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Sesi taklimat bagi Program Bimbingan Solat Untuk Pelajar Tahun 2 dan Program Bilal dan Imam Cilik (BIC) telah diadakan kelmarin, bertempat di Pusat Tingkatan Enam, Sengkurong.

    Taklimat berkenaan telah dihadiri oleh kira-kira 230 guru besar dan ketua guru agama sekolah-sekolah rendah senegara.

    Taklimat berkenaan disampaikan oleh Pemangku Ketua Bahagian IRK (Islamic Religious Knowledge), Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dayang Ernalisa @ Hanisah ‘Aqilah binti Haji Shaheed.

    Turut hadir, pegawai-pegawai kanan dari JPI, KHEU; dan Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan.

    Sesi taklimat dan program berkenaan adalah ke arah mendukung matlamat pelaksanaan pengintegrasian mata pelajaran agama ke dalam Sistem Pendidikan Umum serta memupuk dan mengukuhkan amalan penghayatan beragama dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

    JPI, KHEU dengan kerjasama Jabatan Sekolah-sekolah dan Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan dua program iaitu Program Bimbingan Solat bagi Pelajar Tahun 2 dan BIC di sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta seluruh negara bermula bulan Februari depan.

    Objektif program tersebut antara lain bagi memberikan kefahaman dan asas yang kukuh dalam melaksanakan kewajipan ibadah sembahyang, di samping memupuk minat dan bakat para pelajar untuk menjadi pemimpin dalam bidang keagamaan.

    Dayang Ernalisa @ Hanisah ‘Aqilah semasa menyampaikan taklimat tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara guru besar dan ketua guru agama sekolah-sekolah rendah senegara mendengarkan taklimat yang diadakan di Pusat Tingkatan Enam, Sengkurong, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda