Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    230 kes AMLATFPUAA: CEO, tiga bekas akauntan GISBH dibicarakan

    SHAH ALAM, 11 NOV – Proses pendakwaan 230 kes pengubahan wang haram lebih RM24.1 juta membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan tiga bekas akauntan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), akan dibicarakan di hadapan hakim yang sama.
     
    Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud (Mahkamah Sesyen Jenayah 2) memutuskan sedemikian selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes dihadapi kesemua tertuduh untuk dibicarakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari (Mahkamah Sesyen Jenayah 11, Shah Alam).
     
    Pertuduhan itu membabitkan Nasiruddin Mohd Ali, 66, yang berdepan 77 pertuduhan melibatkan RM10,084,323.70; Hamimah Yakub, 73, (59 pertuduhan, RM2,145,357.62); Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45, (43 pertuduhan, RM3,806,392.01); dan Mohd Khushairi Osman, 54, (51 pertuduhan, RM8,136,047.51).Semasa prosiding hari ini Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata permohonan untuk menggabungkan kes, dibuat bagi menjimatkan kos dan masa pihak-pihak yang terlibat.
     
    Peguam Datuk Rosli Kamaruddin mewakili tiga tertuduh Nasiruddin, Asmat @ Asmanira dan Mohd Khushairi serta peguam Nurainaa Kamilah Zalizan yang mewakili Hamimah, tidak membantah permohonan tersebut.
     
    Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613), yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) Akta yang sama. – Bernama
     
    Nasiruddin Mohd Ali dan tiga bekas akauntan GISBH dibicarakan bersama dengan sebutan semula kes pada 29 Januari 2026. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda