NEW DELHI, 26 April – Kira-kira 24 cedera dalam satu insiden letupan silinder di sebuah koloni pekerja yang penuh sesak di Punjab, utara India hari ini, menurut polis.
“Letupan itu berlaku ketika beberapa orang pekerja sedang memasak di salah sebuah rumah sementara di New Smart Colony di kawasan Giaspura, bandar Ludhiana,” menurut seorang pegawai polis.
“Silinder gas itu terbakar dan meletup ketika para pekerja cuba untuk memadamkannya dengan menggunakan air,” katanya. – Xinhua