Saturday, April 26, 2025
32 C
Brunei

    Berita Terkini

    24 juta hidangan iftar diedar sepanjang Ramadan

    MEKAH, 4 APRIL – Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi, dengan kerjasama pertubuhan kebajikan, telah mengedarkan sejumlah 24,012,207 hidangan iftar sepanjang Ramadan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

    Pihak berkuasa menekankan proses pengedaran dilakukan di bawah langkah kesihatan dan pengurusan yang maju di semua kawasan yang telah ditetapkan.

    Inisiatif kebajikan itu mencerminkan semangat solidariti sepanjang bulan yang penuh keberkatan, dilaksanakan oleh pelbagai pihak di bawah penyeliaan pihak berkuasa, menurut laporan itu. – Bernama

    Jemaah berbuka puasa di Mekah pada 4 April 2025. –Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda