Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    24 maut lebuh raya runtuh di selatan China

    BEIJING, 1 MEI – Sekurang-kurangnya 24 orang maut selepas sebahagian lebuh raya runtuh akibat hujan lebat di wilayah Guangdong, selatan China hari ini, kata media kerajaan.

    Guangdong, sebuah pusat kuasa perindustrian yang padat penduduk, telah dilanda ribut hujan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, menyebabkan banjir teruk dan tanah runtuh di beberapa kawasan.

    Hujan lebat adalah jauh lebih lebat daripada biasanya dijangkakan sepanjang tahun dan telah dikaitkan dengan peningkatan perubahan iklim.

    Agensi berita Xinhua berkata jalan raya antara bandar Meizhou dan daerah Dabu di wilayah Guangdong runtuh pada kira-kira 2:10 pagi hari ini.

    Kejadian itu menyebabkan 20 kenderaan terperangkap yang melibatkan 54 orang, menurut Xinhua.

    Gambar serahan agensi berita Xinhua menunjukkan pekerja bekerja di lokasi Lebuh Raya Meizhou-Dabu yang runtuh di Meizhou, selatan wilayah Guangdong, China kelmarin. – AP

    Sehingga 3 petang, “24 orang telah disahkan meninggal dunia, dan 30 sedang menerima rawatan kecemasan di hospital,” kata Xinhua.

    Kerja-kerja pemulihan sedang dijalanlan dan nyawa mangsa yang dimasukkan ke hospital ketika ini ‘tidak dalam bahaya’,” tambahnya tanpa menyatakan kecederaan dialami mangsa.

    Gambar dari udara yang diterbitkan oleh penyiar kerajaan CCTV menunjukkan kenderaan yang remuk bergelimpangan di dalam lubang berlumpur di kawasan runtuhan tersebut.

    Ia melaporkan jalan sepanjang hampir 18 meter telah runtuh.

    Video yang tersebar di media sosial nampaknya dirakam sebelum subuh menunjukkan api dan asap keluar dari lubang itu.

    CCTV berkata runtuhan itu adalah ‘bencana geologi semula jadi (yang berlaku) akibat hujan lebat yang berterusan.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda