Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    24 pain darah berjaya dikumpul

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN – Sebanyak 24 pain darah telah dikumpulkan dalam kempen derma darah anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat cawangan Operasi ‘C’ yang berlangsung di Balai Bomba Unit Operasi Wanita, Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas, baru-baru ini.

    Kempen yang dihadiri oleh Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said itu telah dikendalikan bersama Pusat Pendermaan Darah, Perkhidmatan Makmal Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan Syarikat Malar Setia Sdn Bhd yang bertujuan untuk meningkatkan lagi jumlah simpanan darah di samping memupuk kesedaran mengenai kepentingan menderma darah untuk membantu mereka yang memerlukan.

    Antara yang menyertai kempen derma darah anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat cawangan Operasi ‘C’.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda