Saturday, February 8, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    24 pelanggan bertuah imagine Shopping Spree

     

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 FEB – Seramai 24 pemenang yang telah tersenarai dalam promosi tahunan Shopping Spree imagine, hari ini, pulang dengan senyuman kegembiraan apabila berjaya berbelanja sakan dalam masa 88 saat masa yang diberikan.

    Acara yang berlangsung di Hua Ho Manggis Mall itu menyaksikan ketangkasan peserta mendapatkan barangan keperluan keluarga dalam tempoh masa yang diberikan untuk mengisi troli yang disediakan.

    Promosi dibukakan kepada pelanggan yang mendaftar, membuat penyambungan semula, menaik taraf atau menukar ke imagine Dream Broadband dan perkhidmatan Wish Postpaid sepanjang Januari lalu.

    Turut hadir menyaksikan penyampaian hadiah itu ialah Pengerusi imagine Sdn Bhd, Dayang Noorsurainah binti Haji Tengah dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif imagine, Allen On, ahli pasukan imagine, pelanggan dan ahli keluarga mereka.

    Gambar ramai pemenang bersama kakitangan imagine yang terlibat. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda