Tuesday, November 5, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    24 projek KKDW yang tertangguh akan siap sebelum RMK13

    KUCHING, 3 NOV – Sejumlah 24 projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Sarawak yang tertangguh sejak 2016 hingga 2022, akan diberi keutamaan dan siap sepenuhnya sebelum pelancaran Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata peruntukan kira-kira RM1.4 bilion diperlukan, bagi pelaksanaan kesemua projek berkenaan yang kebanyakannya melibatkan di kawasan luar bandar.

    “Ada juga beberapa jumlah lain yang sedang kami muktamadkan. Kita juga ada pendekatan (untuk menilai semula jumlah peruntukan) disebabkan kos pembinaan dan kos bahan binaan meningkat, maka ini kita akan bincangkan dalam mesyuarat melibatkan kementerian dan agensi pusat dijadualkan dua minggu lagi di Kuala Lumpur.

    “Aspek lain seperti pengambilan tanah akan diselesaikan oleh kerajaan negeri terlebih dahulu menerusi agensi sendiri yang mempunyai dana awalan, bagi menyelesaikan masalah sedemikian,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Taklimat Pelaksanaan Projek Pembangunan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

    Ahmad Zahid berkata projek Jalan Perhubungan Desa (JPD), menjadi antara keutamaan yang perlu disegerakan bagi memudahkan rakyat dari pekan kecil dan bandar tertentu memasuki jalan utama serta Lebuh raya Pan Borneo. – Bernama

    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Taklimat Pelaksanaan Projek Pembangunan Negeri Sarawak, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda