Monday, July 28, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    24 rumah musnah dalam kebakaran di Tuaran

    TUARAN, 27 JULAI – Sebanyak 24 rumah dan sebuah kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Mengkabong di Tuaran semalam.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

    Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3:34 petang sebelum 24 anggota serta pegawai termasuk dari BBP Kota Kinabalu serta Putatan digegaskan ke lokasi kejadian.

    “Operasi kemudian ditamatkan pada 10:38 malam dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tuaran (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan 114 mangsa membabitkan 35 keluarga terjejas akibat kebakaran itu.

    “Susulan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Seri Sulaman di sini pada 7 malam tadi. Ketika ini, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) masih mengumpul maklumat mangsa,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Salah sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Mengkabong, Tuaran, semalam. – Foto JBPM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda