Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Seramai 24 peserta telah menghadiri Bengkel Asas Bahasa Isyarat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Berakas, baru-baru ini.
Bengkel berkenaan dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Perpustakaan dengan kerjasama Persatuan Orang Kurang Pendengaran Kebangsaan (OKP) dan dikendalikan oleh Yang Di-Pertua Persatuan OKP, Pengiran Haji Norahalim BPHA Rahman bersama AJKT dan biro-biro yang juga sebagai pemudah cara.
Peserta bengkel terdiri daripada kakitangan bahagian perpustakaan di keempat-empat daerah di bawah DBP dan penuntut-penuntut Institute of Brunei Technical Education (IBTE) daripada kolej Cosmopolitan.
Antara lain tujuan utama bengkel berkenaan adalah untuk mendekatkan warga OKP dari masyarakat awam, di samping meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan bahasa isyarat.
Selain untuk memperkenalkan pelbagai kaedah komunikasi dengan OKU Pendengaran untuk memupuk sikap prihatin dalam diri individu sekali gus memudahkan interaksi dan pemahaman antara satu sama lain.
Bengkel Bahasa Isyarat1-2 : Antara yang menghadiri bengkel berkenaan
Bengkel Bahasa Isyarat3 : Gambar beramai peserta bengkel

